Nature friend ♥

Follow|Home
Friday, 15 January 2016 | 04:34 | 0 comments

Dah berkurun aku tak update blog ni. So kali ni aku nak share sikit experience aku bergigi besi. Januari 2016 officially aku bergigi besi. Dah lama dah pendam nak pakai braces actually. Bila dah pakai rasa macam tak caya lak he he he. 

sebelum pakai braces
tadaa~ sebelum pakai braces. nampak normal kan ? Gigi atas aku 2batang terkeluar sikit kedepan actually. So aku buat keputusan untuk kebelakangkan balik gigi tu. Before buat braces, first skali search tenet la cari blog2 experience pasal braces. Search and baca ~ kecut perot, jantung, hati buah pinggang and seangkatan dengannya weii. Mana tak kecut ada yg cakap sakit sampai tak boleh makan, tak boleh tidur, makan guna straw, sakit sgt la kira. relax baca lagi ~ cabut gigi pulak T_T hampir nak patah semangat niat semua untuk buat braces. he he he 

So aku tawakal ja la. sakit pon sakit la. kedua, aku survey klinik. lain klinik lain harga. first klinik aku survey, braces biasa RM2k/depend masalah gigi (paling murah). cabut gigi? of course 4batang. tapi sebab klinik tu murah so bulan 3 la jawabnya. So aku survey klinik kedua. braces biasa RM4k/depend masalah gigi. Survey beberapa klinik then aku jumpa yang bekenan di hati. aku tanya klinik ni range harga dalam RM4k-5k/depend on masalah gigi tapi bukan braces biasa. Damon braces. tak kena cabut gigi weh T_T sejuk buah pinggang aku dengar. So aku pn decide la nak buat damon braces kat klinik tu. aku p check then doktor tu decide harga. tak smpai RM4k pon gigi aku he he he. 

kelebihan damon braces ni first kurang sakit berbanding braces biasa, cepat rawatan, tak perlu cabut gigi/depend dgn masalah gigi tapi biasanya doktor tak akn cabut. keburukan ? tadak getah warna warni la kot kat gigi korang he he he. 

First day aku bergigi besi, susah benor mau tutop mulot , rasa mcm gorila pon ada he he he. doktor cakap sakit akan start time malam but depend on gigi la. kalau tak tahan sakit boleh makan penadol. aku rasa mcm gigi aku nak luroh pon ad he he he. satu jam sekali aku check mana la tau kot ada yang luroh. kang tak pasal ja kena buat gigi palsu muahahaha :D sepanjang aku pakai braces ni Alhamdulillah aku boleh makan secara normal (tak guna straw) tidur pon nyenyak. Gigi depan aku ja yang rasa sakit, kan besi tu dok tolak gigi tu masuk dalam so sakit la . sakit mcm mana ? penah tak gigi korang rasa mcm longgar/goyang then korang pegi tarik2 or goyang2 kan gigi tu . rasa ngilu kan? ha rasa mcm tu la. Alhamdulillah tak da la sakit sgt sb aku guna damon braces sama kot. So aku syorkan sapa yang nak buat braces tu buat la yang damon braces

Penjagaan lepas pakai braces tak susah pon. Benda wajib yang perlu ada untuk si gigi besi ialah berus gigi(soft/medium/ortho brush) aku pakai yang slimsoft cap colgate , ubat gigi, interdental brush (search sendiri la), floss, mouthwash (aku pakai colgate plax) dan wax (klinik akan bg). rajin jaga rajin cuci rajin floss bersih la gigi korang. he he he 

thats all ~ 

bila dah pakai braces



















0 Comments available :

Post a Comment

Hey There ! Welcome To Say's Story. Thank You Datang Melawat :)